Wednesday, March 9, 2011

6 Persoalan hidup!!

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghozali bertanya,

1 - Pertama, Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

 Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

2 - Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "[B]Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?[/B]"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3 - Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "[B]Apa yang paling besar di dunia ini?[/B]"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .
4 - Pertanyaan keempat adalah, "[B]Apa yang paling berat di dunia ini?[/B]"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

5 - Pertanyaan yang kelima adalah, "[B]Apa yang paling ringan di dunia ini?[/B]"

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, "[B]Apakah yang paling tajam di dunia ini?[/B]"

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia  dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Pic Kat Laman Sosial!!

Bagaimana agaknya perasaan seorang lelaki seandainya dia tahu bahawa gambarnya sedang diamati dan dilihat orang asing. Mungkin tiada apa-apa kesan kepada individu tersebut. Baginya normal untuk seseorang melihat wajahnya. Malah mungkin timbul rasa bangga dengan ke-macho-an dirinya yang dilihat orang lain. Lagi bertambah suka di hati jika yang melakukannya ialah secret admire.
Tapi bagaimana kalau posisi lelaki tersebut ditukar kepada wanita. Bukan sebarang wanita tetapi seorang muslimah pula. Jika dahulu, foto kita hanya dimiliki oleh diri sendiri sahaja tetapi sekarang dengan kemunculan laman sosial, segalanya menjadi amat mudah. Hanya tekan butang upload dan gambar itu akan terpapar di sesawang internet seluruh dunia.

Jika diperhatikan, banyak kebaikan yang hadir dengan kemajuan teknologi dalam photo sharing yang boleh dimanfaatkan bersama tetapi rasanya, cuba kita singkap keburukan dan kelemahannya pula.

Seandainya kita melayari laman sesawang yang menawarkan khidmat group, pasti akan terlihat pelbagai jenis foto manusia yang tidak pernah sekali pun bersua. Apatah lagi, sekiranya foto itu telah dibedah dengan Photoshop. Kadang kala, gambar yang peli-pelik pun ada. Usah diperkatakan dengan gambar-gambar terlarang. Pernahkah kita membayangkan perasaan orang yang mungkin terlihat foto seorang muslimah (kerana rasanya gambar lelaki tidak menjadi rebutan)? Jika yang baik dan tinggi imannya, akan terus menekan butang close. Tapi yang kurang imannya pula bagaimana?

Ramai rakan-rakan kita yang memiliki Facebook  pastinya akan dan ingin berkongsi saat-saat manis mereka. Jika tiada, kenalannya pula akan tag gambar beliau. Timbul rasa musykil bila melihat gambar-gambar ini. Selamatkah? Tidak mengapakah kalau orang tengok? Aku tengah tidak pakai tudung waktu ini, orang lain tangkap gambar. Yang lelaki juga tidak terlepas dosa memperlihatkan auratnya secara global.

Pasti timbul pelbagai syubhah di hati kerana tahu ianya salah tapi ingin juga dibenarkannya. Akhirnya, satu hari, kita lihat gambar kita yang telah di-edit terpampang di laman-laman yang tidak sepatutnya. Ditambah dengan nombor telefon yang diletakkan di profile, hidup kita akan "diserikan" dengan panggilan pelik.

Mungkin kes di atas hanya satu dalam sejuta. Tapi kita perlu sedar, kita ialah satu dalam sejuta itu.  Maka, beringat-ingatlah seandainya ingin berkongsi foto secara online.  Minta kawan remove seandainya gambar yang di tag itu menyentuh hak peribadi sebagai seorang muslim mahu pun muslimah. Insyaallah, kita akan lebih tenang dalam dunia siber yang semakin meluas hari ini.

Tuesday, February 15, 2011

Ketagih Hiburan!!!





Hiburan. Istilahnya sahaja sudah menyeronokkan kerana ia mengingatkan kita untuk  relaks dan bersantai. Menurut Kamus DBP, hiburan itu sesuatu yang  menyukakan dan menggembirakan hati. Ia juga adalah sesuatu yang  menyeronokkan yang mampu mengalih perhatian, mengikut Kamus  Merriam-Webster pula. Melihat kepada maknanya, hiburan itu suatu  aktiviti yang ringan.

Namun, oleh kerana ia menggembirakan, maka  hiburan menjadi rekreasi kegemaran yang akan dilakukan oleh kebanyakan  daripada kita. Meskipun pada mulanya hiburan adalah sesuatu yang  sampingan, oleh kerana ia menjadi minat manusia yang meluas, maka  hiburan menjelma menjadi satu industri.

Sedangkan revolusi  industri di United Kingdom pada kurun ke-18 dan ke-19 yang telah  mengubah sama sekali sosio-budaya dan sosio-ekonomi manusia, hiburan  tidak pernah menjadi pilihan manusia untuk dikembangkan. Sebaliknya,  bidang pertanian, pengeluaran, perlombongan, pengangkutan dan juga  teknologi yang menjadi penjana asal revolusi industri itu.

Hiburan  yang berupa acara sampingan, kini sudah menjadi acara utama kerana  hiburan menjenguk dan mencelah di mana-mana, pada setiap ruang dan  ketika. Kita bangun pagi bukan lagi kerana mendengar kokokan ayam,  tetapi bila muzik rancak berkumandang daripada jam di telefon bimbit.

Sebenarnya,  hiburan itu bagus jika ia dinikmati secara sambilan. Ia sampingan,  bukan keutamaan. Ia sepatutnya merehatkan, bukannya meleka dan  melalaikan. Sebaliknya, jika kita nikmati hiburan tidak tentu masanya,  kita menjadi akibat dilolokkan. Akhirnya, kita menjadi manusia hedonis ~  manusia yang suka berseronok di sepanjang masa. Sedangkan keseronokan  itu bukannya kebahagiaan.

Kerana keseronokan selalunya seketika.
Kebahagiaan lazimnya berpanjangan.